Jumaat, 22 Februari 2019

Komik Asmak: Berhati-hati Ketika Memuat Naik Gambar Ketika Mengandung

Berhati-hati jika ibu-ibu nak memuat naik gambar ketika mengandung di media sosial. Kenapa? Gambar yang ibu-ibu masukkan di media sosial sebenarnya boleh mengundang sesuatu yang tidak sihat apabila gambar tersebut akan menarik minat segelintir lelaki yang mempunyai satu perasaan ghairah kerana melihat ibu hamil.

Keadaan ini telah menyebabkan golongan yang dipanggil maiesiophilia ini akan menjadikan ianya bahan untuk melepaskan nafsu mereka. Nampak remeh tetapi boleh menyebabkan trauma kepada ibu-ibu jika mengetahui akan perkara ini. Ada yang boleh menjejaki ibu-ibu yang tidak tahu pun sebenarnya ada yang sedang memerhati ibu-ibu ketika hamil.

Jadi, beringat sebelum memuat naik gambar di media sosial ya. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan