Sabtu, 11 Mac 2017

Tips dan Petua Melegakan Hidung Tersumbat Bayi Anda

Apabila bayi kita menangis atau pun selesema pasti akan timbul masalah hidung bayi tersumbat. Jadi, bagi ibu yang pertama kali mempunyai bayi, sudah pasti amat bimbang kerana bayi tidak akan selesa dengan keadaan tersebut dan mungkn akan meragam dan menagis. Jadi, saya nak kongsikan 4 Petua atau pun tips untuk melegakan hidung tersumbat bayi anda.

Bagaimana untuk menghilangkannya?
Keadaan hidung akan tersumbat tidak syak lagi akan membuatkan rasa tidak selesa.

Oleh itu, penting bagi anda untuk menangani masalah ini. Berikut adalah 5 cara untuk melegakan hidung tersumbat pada bayi anda yang boleh anda cuba di rumah.

1. AIR GARAM
Dari segi sejarah, air garam dipercayai mampu mencairkan mukus hidung, melicinkan sumbatan pada hidung, serta memulihkan kelembapan di bahagian membran sedia ada di hidung. Petua ini amat mudah.

- Ambil satu sudu teh garam,
- Larutkan di dalam air suam,
- Masukkan ke dalam botol spray, atau boleh juga gunakan eye dropper.
- Pancutkan cecair ke dalam hidung bayi sebanyak 2 titis.
- Lakukan 3 kali sehari.

2. MEMANASKAN BAYI ANDA
Memberikan rasa kehangatan kepada bayi ketika hidung bayi sedang tersumbat, pasti boleh melegakan pernafasan dan si manja akan berasa selesa. Anda boleh mandikan si manja dengan air suam, dan sinaran matahari pada waktu pagi. Jadi, si manja akan berasa panas sedikit dan membantu melegakan keadaan hidung tersumbat.



3. URUT HIDUNG BAYI ANDA
Anda boleh urut di kawasan T, iaitu kawasa di atas hidung dan kening. Urutkan hidung si manja dengan menggunakan minyak herba asmak / minyak telon dan urutkan di tengah-tengah hidung dan kening. Ia boleh melegakan kesesakan ketika bernafas.

4. KEDUDUKAN KATIL
Apabila si manja tidur, anda digalakkan untuk menetapkan kedudukan tidurnya. Kedudukan boleh membantu untuk melegakan pernafasan. Anda boleh meletakkan si manja dengan kedudukan yang condong.

Semoga tips yang dikongsikan ini mampu membantu anda untuk mengatasi masalah hidung tersumbat yang dihadapi bayi anda. InshaAllah.