Ahad, 17 Februari 2019

Asmak Grand Awards (AGA) 2019 Kali Kedua di Awana Genting Highlands, Pahang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Asmak Grand Awards (AGA) 2019 yang mana telah buat kali kedua dianjurkan untuk team Asmak di Awana Genting Highlands, Pahang kelmarin. Secara ringkasnya majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan suntikan semangat untuk semua pengedar Asmak di seluruh Malaysia.

Majlis yang serba singkas ini dihadiri oleh lebih daripada 200 orang berbanding tahun 2018 yang mana meningkat sekali ganda kehadiran. Penghargaan diberikan kepada kesemua Top Agen, Top Superagen, Top Stokis, Top Stokis Premium dan Top Super Stokis.

Satu kategori baru disenaraikan iaitu Top Personal Sales. Pengedar yang dapat membuat personal sales yang tertinggi juga diberikan penghargaan. Perkongsian ringkas diberikan mereka yang mendapat penghargaan kepada para pengedar secara tidak langsung menunjukkan bahawa ilmu dan tips amat berguna jika di praktikan bukan sekadar mendengar sahaja.

Beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenangan Majlis AGA 2019 ini. Didoakan kepada semua pengedar Asmak untuk lebih berusaha dengan gigih bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga malah dapat membantu masyarakat mendapatkan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka di samping dapat berkongsi manfaat tersebut.

Berikut antara sebahagian senarai penerima penghargaan di Majlis AGA 2019.

 




Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga dapat terus mencapai segala matlamat yang dituju. Amin

Sekian, Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan