Sabtu, 11 Februari 2017

6 Teknik Urutan Muka Bayi Yang Betul

Anda tahu tak bagaimana mahu melakukan urutan muka bayi dengan betul? Mungkin masih ramai lai yang tidak tahu bagaimana nak lakukannya bukan? Jangan risau, saya akan kongsikan dengan anda 6 teknik bagaimana nak lakukan urutan muka tersebut.

Sebelum itu, pasti anda akan tertanya-tanya apa manfaat kita lakukan urutan muka pada bayi kan?

Urutan bayi bukan saja merapatkan ikatan antara ibu atau ayah dan anak, tetapi turut mempunyai pelbagai manfaat seperti:

> Memperbaiki perjalanan darah.
> Merangsang deria.
> Mengurangkan tekanan.
> Meningkatkan daya ketahanan badan.
> Merangsang perkembangan fizikal dan psikologi.
> Membantu memudahkan bayi tidur.
> Merangsang aliran oksigen dalam badan.
> Membantu perkembangan fungsi otot.
> Membantu meredakan kesakitan apabila demam.
> Merangsang penghasilan hormon.

Jadi, mari saya kongsikan 6 langkah tersebut:

Langkah Pertama: 
Pegang kepala bayi anda di bahagian tepi dan urut seperti sedang syampu kepala.

Langkah Kedua: 
Usap kening dengan menggunakan ibu jari perlahan-lahan.

Langkah Ketiga: 
Letakkan kedua ibu jari tangan anda di atas hidung dan tekan perlahan-lahan sambil menurun.

Langkah Keempat: 
Usap atas bibir tengah keluar pipi dengan ibu jari.

Langkah Kelima: 
Urut gusi bawah bayi, usap dari tengah keluar pipi.

Langkah Keenam: 
Letakkan kedua tangan anda di belakang bahagian telinga dan usap turun hingga ke dagu.

Boleh saksikan video di bawah untuk lebih jelas lagi bagaimana urutan ini boleh dilakukan pada muka bayi anda.


Semoga anda dan bayi anda mendapat manfaat daripada urutan ini. InshaAllah.