Sabtu, 16 Februari 2019

Bersama Tuan Sahar Sahad CEO Asmak di Perjumpaan Ringkas di Awana

Alhamdulillah selesai pagi tadi berkenalan dengan CEO Asmak Tuan Sahar Sahad dan mendengar perkongsian beliau dalam perjumpaan yang serba ringkas dan penuh manfaat tadi. Walaupun baru bersama dalam team CEO Asmak Group, beliau sangat komited untuk membantu Asmak supaya lebih maju ke hadapan. Perwatakan yang merendah diri tetapi disegani dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi panduan kepada semua pengedar Asmak.

Perkongsian beliau lebih kurang 3 jam berlangsung dengan perbincangan dan perkongsian tips untuk pengedar Asmak. Berpandangan jauh dan lebih proaktif dalam berbisnes dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memperbetulkan perkara yang dilihat tidak begitu sesuai mengikut pandangan beliau. Strategi yang diberikan perlu dilaksanakan dengan lebih konsisten dan memberi manfaat kepada orang lain pastinya akan memberikan impak yang lebih baik kepada semua.

Beberapa perkara yang boleh saya kongsikan secara ringkas dalam perbincangan tersebut ialah, sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang lain. Tidak akan miskin jika kita bersedekah kepada orang lain. Sedekah memberi makan itu akan menjadikan doa-doa mereka yang diberikan makan itu mungkin diangkat dan dimakbulkan Allah.

Selain itu, kita sebenarnya boleh menjadi pull factor dan push factor. Dan yang terbaik ialah pull factor. Maksudnya ialah kita dapat menarik orang lain kepada kita dan kita tidak memaksa untuk mereka membuat keputusan. Bila kita ada pull factor, ianya akan memudahkan urusan kita juga tanpa perlu pening kepala dan susah hati. Untuk menjadi pull factor, perlulah tidak kedekut, berkongsi, melakukan amalan yang baik dan perlu lebih positif.

Sekian dahulu, secara ringkas perkongsian saya ketika bersama Tuan Sahar Sahad di perjumpaan serba ringkas tersebut sempena AGA 2019. Banyak perkongsian lain di dalam perjumpaan yang mana tidak dapat saya kongsikan kerana terlalu panjang dan perlukan lebih masa untuk perbincangan.

Perkongsian ini menunjukkan bahawa Asmak bukan sahaja menjual tetapi memberikan ilmu kepada pengedarnya yang mahu pergi lebih jauh ke hadapan dan matlamatnya bukan untuk Asmak sahaja, tetapi untuk bisnes pengedar di masa hadapan kelak.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan