Sabtu, 27 Oktober 2018

Asmak Member Card (AMC) Untuk Pembeli Produk Asmak

Alhamdulillah, sekarang jika anda membeli produk Asmak dengan jumlah pembelian dalam satu resit sekurang-kurangnya RM30, anda akan layak untuk mendapat satu kad keahlian percuma disebut kad Asmak Member Club (AMC). 

Pembelian dengan agent Asmak yang sah, semestinya anda akan dapat kad tersebut. Jika anda tidak dimaklumkan atau tidak dapat, sila tanya pada pengedar atau agent tersebut. Ada kemungkinan, mereka akan rekodkan dahulu pembelian anda sebelum memaklumkan kepada anda kerana point atau COP pada kad tersebut akan dicatatkan setiap kali pembelian. 

Jika kad AMC anda sudah mencapai Cop kelima dan kesepuluh, anda akan diberikan hadiah mengikut kepada kesesuaian waktu tersebut. Jika sudah penuh satu kad, anda akan berpeluang untuk mendapat hadiah pada setiap kali cabutan bulanan yang dilakukan di HQ.

Kad AMC ini kebiasaannya akan disimpan oleh pengedar untuk memudahkan anda supaya tidak hilang atau tercicir kad tersebut. Selain dapat memudahkan penghantaran kad AMC tersebut kepada HQ kelak apabila sudah penuh.

Jadi, apa kelebihan yang anda akan dapat?

1. Pembelian minimum RM30 akan dapat Cop daripada agent/pengedar.
2. Cop boleh dikumpul dan boleh ditebus jika mahu pada Cop kelima dan kesepuluh.
3. Hadiah berbentuk cenderahati daripada agent/pengedar bergantung kepada waktu penebusan.
4. Peluang cabutan bulanan jika kad AMC sudah penuh.
5. Peluang untuk cabutan kali kedua untuk cabutan tahunan.

Anda dijemput untuk masuk ke dalam group member AMC di Facebook. Sila tanya pada agent dan pengedar anda untuk dimasukkan ke dalam group tersebut.

Di dalam group tersebut juga anda berpeluang mendapat hadiah daripada HQ secara rawak jika bernasib baik.

Jom tambah lagi bilangan Cop pada kad AMC anda.



Sekian, selamat menerima hadiah ya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan