Rabu, 24 Oktober 2018

Adakah Produk Asmak Berdaftar Dengan KKM?

Saya sering ditanya berkaitan dengan produk Asmak. Masyarakat hari ini sangat bijak dan lebih teliti dalam memilih produk. Mereka sangat berhati-hati untuk menggunakan produk kesihatan yang kini dijual di pasaran. Boleh dikatakan sangat mudah untuk mencari produk yang banyak dijual terutamanya di kedai jamu atau pun secara dalam talian.

Namun, adakah kesemua produk itu dijamin selamat dan sekurang-kurangnya telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Inilah yang kita semua bimbangkan. Kita mencari jalan alternatif untuk ikhtiar masalah kesihatan kita tetapi haruslah kita meneliti sama ada produk yang kita gunakan tersebut adalah selamat.

Oleh itu, apabila ramai yang bertanya kepada saya, adakah produk Asmak ini telah berdaftar dengan KKM? Saya tak nak jawab tanpa kita semak dengan pihak berauthoriti sama ada melalui laman web atau pun menggunakan aplikasi yang boleh di muat turun melalui Play Store jika menggunakan android.

Untuk semakan melalui Website, bolehlah terus ke link ini.

Dan jika mahu menggunakan aplikasi  di smartphone, sila cari aplikasi bernama MediQuest, saya tunjukkan seperti video di bawah ya.



Sekian, selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan