Rabu, 20 Februari 2019

Kelebihan Habbatussauda Dalam Pemakanan Harian

Ramai juga yang tanya mengenai habbatussauda' bila beli Madu Asmak ni sebab apa? Sebabnya dengan pembelian Madu Asmak akan dapat sekali sebotol kecil habbatussauda'. Secara ringkasnya saya kongsikan 10 sebab mengapa ianya baik untuk kesihatan daripada beberapa kebaikannya yang lain seperti dihuraikan sedikit di bawah.




Antara kebaikannya yang lain ialah:

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA di dalam darah kita.

Rujukan di sini. http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com/2012/10/khasiat-habbatus-sauda.html

Jika masih belum berpeluang untuk mengamalkan pemakanan sunnah habbatussauda', bolehlah segera dapatkan dengan setiap pembelian madu Asmak di sini.


Klik link di bawah untuk terus Whatsapp saya.


Terima kasih.

Selasa, 19 Februari 2019

Madu Asli dan Madu Halia Bentong Asmak Istimewa

Kepada yang mencari-cari madu asli untuk dijadikan makanan harian, kita mempunyai dua jenis madu yang mesti di cuba kerana ianya antara madu yang mempunyai khasiat untuk semua peringkat umur. Seperti yang kita sedia maklum, madu adalah antara makanan sunnah dan sangat sesuai diamalkan setiap hari.

Madu yang dikeluarkan MHAMsb adalah :

1. Madu Asli 300ml 
2. Madu Halia Bentong 300ml

Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Madu asli adalah madu tanpa campuran bahan lain, manakala madu halia Bentong adalah madu asli yang dicampurkan dengan halia Bentong yang mana kita sedia maklum, halia Bentong adalah halia yang terbaik di dunia dengan harga yang sangat tinggi jika dibeli di pasaran tempatan.

Harganya sangatlah mampu milik iaitu :

1. RM39 untuk madu asli
2. RM59 untuk madu halia bentong

Setakat ini, ramai yang mengakui kelainan apabila mengamalkan meminum madu halia bentong khususnya untuk mereka yang mengalami masalah batuk yang berpanjangan dan mempunyai angin dalam badan.

Disebabkan kita menyokong mengamalkan pemakanan sunnah, syarikat berbesar hati untuk memberikan satu botol kecil Habbatusauda' untuk dimakan bersama madu.

Tambahan habbatussauda' ini menjadikan ianya lebih istimewa untuk pengguna Asmak.

Boleh klik sini jika berminat untuk mendapatkan Madu Asli dan Madu Halia Bentong sekarang.

Isnin, 18 Februari 2019

Tawaran Khas Sempena AGA 2019

Sempena Asmak Grand Awards (AGA) 2019, saya mahu membuat satu tawaran khas kepada yang membaca posting ini.



Pembelian minimum RM70 ke atas untuk jumlah pembelian Produk Asmak pada hari ini sehingga 21/2/2019 akan dapat sesuatu daripada kami sebagai penghargaan pihak Minyak Herba Asmak COD KL kepada anda. 😘

Terima kasih atas kesetiaan dan kesabaran anda bersama Asmak.


*selagi stok masih ada.

Ahad, 17 Februari 2019

Asmak Grand Awards (AGA) 2019 Kali Kedua di Awana Genting Highlands, Pahang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Asmak Grand Awards (AGA) 2019 yang mana telah buat kali kedua dianjurkan untuk team Asmak di Awana Genting Highlands, Pahang kelmarin. Secara ringkasnya majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan suntikan semangat untuk semua pengedar Asmak di seluruh Malaysia.

Majlis yang serba singkas ini dihadiri oleh lebih daripada 200 orang berbanding tahun 2018 yang mana meningkat sekali ganda kehadiran. Penghargaan diberikan kepada kesemua Top Agen, Top Superagen, Top Stokis, Top Stokis Premium dan Top Super Stokis.

Satu kategori baru disenaraikan iaitu Top Personal Sales. Pengedar yang dapat membuat personal sales yang tertinggi juga diberikan penghargaan. Perkongsian ringkas diberikan mereka yang mendapat penghargaan kepada para pengedar secara tidak langsung menunjukkan bahawa ilmu dan tips amat berguna jika di praktikan bukan sekadar mendengar sahaja.

Beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenangan Majlis AGA 2019 ini. Didoakan kepada semua pengedar Asmak untuk lebih berusaha dengan gigih bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga malah dapat membantu masyarakat mendapatkan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka di samping dapat berkongsi manfaat tersebut.

Berikut antara sebahagian senarai penerima penghargaan di Majlis AGA 2019.

 




Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga dapat terus mencapai segala matlamat yang dituju. Amin

Sekian, Terima kasih.

Sabtu, 16 Februari 2019

Bersama Tuan Sahar Sahad CEO Asmak di Perjumpaan Ringkas di Awana

Alhamdulillah selesai pagi tadi berkenalan dengan CEO Asmak Tuan Sahar Sahad dan mendengar perkongsian beliau dalam perjumpaan yang serba ringkas dan penuh manfaat tadi. Walaupun baru bersama dalam team CEO Asmak Group, beliau sangat komited untuk membantu Asmak supaya lebih maju ke hadapan. Perwatakan yang merendah diri tetapi disegani dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi panduan kepada semua pengedar Asmak.

Perkongsian beliau lebih kurang 3 jam berlangsung dengan perbincangan dan perkongsian tips untuk pengedar Asmak. Berpandangan jauh dan lebih proaktif dalam berbisnes dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memperbetulkan perkara yang dilihat tidak begitu sesuai mengikut pandangan beliau. Strategi yang diberikan perlu dilaksanakan dengan lebih konsisten dan memberi manfaat kepada orang lain pastinya akan memberikan impak yang lebih baik kepada semua.

Beberapa perkara yang boleh saya kongsikan secara ringkas dalam perbincangan tersebut ialah, sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang lain. Tidak akan miskin jika kita bersedekah kepada orang lain. Sedekah memberi makan itu akan menjadikan doa-doa mereka yang diberikan makan itu mungkin diangkat dan dimakbulkan Allah.

Selain itu, kita sebenarnya boleh menjadi pull factor dan push factor. Dan yang terbaik ialah pull factor. Maksudnya ialah kita dapat menarik orang lain kepada kita dan kita tidak memaksa untuk mereka membuat keputusan. Bila kita ada pull factor, ianya akan memudahkan urusan kita juga tanpa perlu pening kepala dan susah hati. Untuk menjadi pull factor, perlulah tidak kedekut, berkongsi, melakukan amalan yang baik dan perlu lebih positif.

Sekian dahulu, secara ringkas perkongsian saya ketika bersama Tuan Sahar Sahad di perjumpaan serba ringkas tersebut sempena AGA 2019. Banyak perkongsian lain di dalam perjumpaan yang mana tidak dapat saya kongsikan kerana terlalu panjang dan perlukan lebih masa untuk perbincangan.

Perkongsian ini menunjukkan bahawa Asmak bukan sahaja menjual tetapi memberikan ilmu kepada pengedarnya yang mahu pergi lebih jauh ke hadapan dan matlamatnya bukan untuk Asmak sahaja, tetapi untuk bisnes pengedar di masa hadapan kelak.

Terima kasih.

Jumaat, 15 Februari 2019

Asmak Baby Care Set Bayi Berbaloi Dimiliki Ibu

Tahu tak Asmak ada set untuk baby? Namanya Asmak Baby Care (ABC). Apa yang ada dalam set produk Asmak Baby Care (ABC) ni?

Kelebihan Asmak Baby Care


1. Shampoo baby Top to Toe

Aqua -

  • Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
  • Menjadikan rambut wangi setiap masa menutrisi rambut dengan sempurna
  • Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
  • Merawat masalah rambut sensitif

Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - 

  • Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut.

Chamomile flower - 

  • Mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema.

Rose flower - 

  • Memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.

Vit E - 

  • Menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

Jojoba oil - 

  • Melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

Apricot oil - 

  • Melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.


2. Losyen Baby

Aqua - 

  • Memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

Emullium delta - 

  • Mencerahkan & memutihkan kulit, membuat kulit lebih bersih dari sel-sel kulit mati, penghalang sinar UV, menghaluskan kulit.

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Ginger oil - 

  • Melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan.

Portulaca ext - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut


3. Baby Essential Oil

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Nutmeg oil - 

  • Melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik

Peppermint oil - 

  • Mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi

Sweet Almond oil- 

  • Melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya.


4. Asmak Baby Powder

Kaolin - 

  • Keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul, dan keradangan kulit.

Ekstrak Portulaka - 

  • Mencegah bakteria.

Papaya Extract - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut.

Lavender Essential Oil - 

  • Mengurangkan penyakit psoriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit.

Tambahan di dalam ABC ini adalah 

5. SEVENIS HAIR OIL

Kami juga menyarankan dalam 1 set lengkap juga ditambah :

  1. Minyak Herba Asmak mini
  2. Bedak Asmak mini


Terus dapatkan set Asmak Baby Care (ABC) ini melalui Whatsapp atau terus call 017-364 7442.

Terima kasih.

Khamis, 14 Februari 2019

Tahniah FC PEMANIS Berjaya Ke Piala FA Malaysia 2019

Tahniah buat FC Pemanis kerana julung kali mencipta sejarah bakal menyertai Piala FA Malaysia 2019. Rasa terkejut pun ada, dan semestinya teruja bila FCP, team kerdil dari kampung, telah terpilih ke kejohanan yang tak pernah diimpikan buat masa ni.

Selamat Berjaya kepada FC PERMANIS daripada Terengganu. Telah dijemput menyertai pada 31 Januari 2019 lepas. Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah.

Asmak sebagai rakan penaja kepada FC PEMANIS.