Selasa, 7 Februari 2017

MAMA, KENAPA MAMA TAK BAGI ALYSSA MAIN DI LUAR?

Sejak berumur 4 tahun, Alyssa telah disahkan menghidap alergi asma. Disebabkan itu juga, penyakit tersebut telah menghalangnya daripada menikmati zaman kanak-kanak bersama kawan-kawan yang sebaya dengan umurnya.

Alyssa sebenarnya adalah seorang yang happy-go-lucky, periang, dan mesra dengan sesiapa saja. Namun, satu perkara telah membuatkan dirinya tidak seaktif kanak-kanak lain: Asma.

“Masa mula-mula asma tu menyerang, tanda-tanda asma tak berapa jelas. Tapi boleh nampak yang nafas Alyssa macam tercungap-cungap. Masa dia tidur, boleh dengar macam ada bunyi bersiul keluar dari salur pernafasan dia. Mulanya, saya dan suami ingatkan posisi tidur dia yang tak betul. Tapi keadaan jadi makin teruk. Lepas 3 kali diagnosis dengan doktor di hospital serdang, akhirnya baru kami tahu yang Alyssa menghidap asma. Ya tuhan..”

“Ibu mana tak sayangkan anak. Bila tiba saat asma dia menyerang, masa itulah sifat keibuan saya ni hancur, luluh jadinya. Saya tiada asma, tapi bila tengok dia struggle macam tu, saya tahu yang dia terseksa..nampak jelas yang dia tengah cari nafas. Rasa berdosa sangat bila tak mampu nak tolong anak sendiri..walaupun kami tahu dan sedar yang esok atau lusa mungkin penyakit tu akan datang balik…

Lagi satu perkara yang buat kami tertekan, sejak Alyssa disahkan menghidap asma, kualiti tidur dia memang tak pernah elok. Bila malam dan cuaca jadi sejuk, kami terpaksa sapukan minyak panas dan sarungkan stokin di kaki dia supaya asma dia tak menyerang. Asma ni kalau nak datang, memang tak ikut masa. Dengan kami-kami sendiri pun tak boleh tidur.

Dulu kami jahil pasal nebulizer. Benda tu boleh mencecah ratusan ringgit bagi yang elok. Kita kalau bab anak ni, seboleh-bolehnya nak beri yang terbaik. Tapi sampai bila nak kena keluarkan kos untuk beli nebulizer ni?

“Assalamualaikum makcik! Makcik, Alyssa ada? Kami nak ajak dia main kat padang”

Berderau darah rasanya bila dengar kawan-kawan dia datang dan tanya soalan macam tu..bukan kami sengaja nak marah, tapi mesti Alyssa akan minta nak ke taman juga. Masa tulah saya akan berbelah bahagi.. Tapi mana boleh..nanti asma dia datang lagi.. lagi-lagi bila ada debu dan debunga, makin teruk jadinya..Penghabisannya, Alyssa cuma boleh tengok dari dalam pagar rumah je kawan-kawan dia main di padang.

* * * * * * * * * * *

Dengan perlahan air mata Puan Mariam menitis ke pipi, dan membasahi tudungnya. Cepat-cepat dia lap supaya suaminya tak nampak. Memang begitu, bila dia teringatkan kisah tersebut, mesti dia sebak. Itu semua kisah 3 bulan lepas. Sekarang Alyssa sudah boleh main di luar, tidur pun bukan main nyenyak sekarang..Alhamdulillah.

Dalam keadaan air mata masih menitis, Puan Mariam menggenggam erat Minyak Herba Asmak yang pernah menjadi titik tolak perubahan kepada penderitaan anaknya, dan dia sekali. Ya tuhan..Syukur kerana memberi jalan yang terang kepada aku. bisiknya... Dan dia takkan pernah melupakan jasa baik kawannya yang membelikan minyak herba tersebut.