Ahad, 17 Februari 2019

Asmak Grand Awards (AGA) 2019 Kali Kedua di Awana Genting Highlands, Pahang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Asmak Grand Awards (AGA) 2019 yang mana telah buat kali kedua dianjurkan untuk team Asmak di Awana Genting Highlands, Pahang kelmarin. Secara ringkasnya majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan suntikan semangat untuk semua pengedar Asmak di seluruh Malaysia.

Majlis yang serba singkas ini dihadiri oleh lebih daripada 200 orang berbanding tahun 2018 yang mana meningkat sekali ganda kehadiran. Penghargaan diberikan kepada kesemua Top Agen, Top Superagen, Top Stokis, Top Stokis Premium dan Top Super Stokis.

Satu kategori baru disenaraikan iaitu Top Personal Sales. Pengedar yang dapat membuat personal sales yang tertinggi juga diberikan penghargaan. Perkongsian ringkas diberikan mereka yang mendapat penghargaan kepada para pengedar secara tidak langsung menunjukkan bahawa ilmu dan tips amat berguna jika di praktikan bukan sekadar mendengar sahaja.

Beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenangan Majlis AGA 2019 ini. Didoakan kepada semua pengedar Asmak untuk lebih berusaha dengan gigih bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga malah dapat membantu masyarakat mendapatkan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka di samping dapat berkongsi manfaat tersebut.

Berikut antara sebahagian senarai penerima penghargaan di Majlis AGA 2019.

 




Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga dapat terus mencapai segala matlamat yang dituju. Amin

Sekian, Terima kasih.

Sabtu, 16 Februari 2019

Bersama Tuan Sahar Sahad CEO Asmak di Perjumpaan Ringkas di Awana

Alhamdulillah selesai pagi tadi berkenalan dengan CEO Asmak Tuan Sahar Sahad dan mendengar perkongsian beliau dalam perjumpaan yang serba ringkas dan penuh manfaat tadi. Walaupun baru bersama dalam team CEO Asmak Group, beliau sangat komited untuk membantu Asmak supaya lebih maju ke hadapan. Perwatakan yang merendah diri tetapi disegani dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi panduan kepada semua pengedar Asmak.

Perkongsian beliau lebih kurang 3 jam berlangsung dengan perbincangan dan perkongsian tips untuk pengedar Asmak. Berpandangan jauh dan lebih proaktif dalam berbisnes dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memperbetulkan perkara yang dilihat tidak begitu sesuai mengikut pandangan beliau. Strategi yang diberikan perlu dilaksanakan dengan lebih konsisten dan memberi manfaat kepada orang lain pastinya akan memberikan impak yang lebih baik kepada semua.

Beberapa perkara yang boleh saya kongsikan secara ringkas dalam perbincangan tersebut ialah, sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang lain. Tidak akan miskin jika kita bersedekah kepada orang lain. Sedekah memberi makan itu akan menjadikan doa-doa mereka yang diberikan makan itu mungkin diangkat dan dimakbulkan Allah.

Selain itu, kita sebenarnya boleh menjadi pull factor dan push factor. Dan yang terbaik ialah pull factor. Maksudnya ialah kita dapat menarik orang lain kepada kita dan kita tidak memaksa untuk mereka membuat keputusan. Bila kita ada pull factor, ianya akan memudahkan urusan kita juga tanpa perlu pening kepala dan susah hati. Untuk menjadi pull factor, perlulah tidak kedekut, berkongsi, melakukan amalan yang baik dan perlu lebih positif.

Sekian dahulu, secara ringkas perkongsian saya ketika bersama Tuan Sahar Sahad di perjumpaan serba ringkas tersebut sempena AGA 2019. Banyak perkongsian lain di dalam perjumpaan yang mana tidak dapat saya kongsikan kerana terlalu panjang dan perlukan lebih masa untuk perbincangan.

Perkongsian ini menunjukkan bahawa Asmak bukan sahaja menjual tetapi memberikan ilmu kepada pengedarnya yang mahu pergi lebih jauh ke hadapan dan matlamatnya bukan untuk Asmak sahaja, tetapi untuk bisnes pengedar di masa hadapan kelak.

Terima kasih.

Jumaat, 15 Februari 2019

Asmak Baby Care Set Bayi Berbaloi Dimiliki Ibu

Tahu tak Asmak ada set untuk baby? Namanya Asmak Baby Care (ABC). Apa yang ada dalam set produk Asmak Baby Care (ABC) ni?

Kelebihan Asmak Baby Care


1. Shampoo baby Top to Toe

Aqua -

  • Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
  • Menjadikan rambut wangi setiap masa menutrisi rambut dengan sempurna
  • Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
  • Merawat masalah rambut sensitif

Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - 

  • Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut.

Chamomile flower - 

  • Mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema.

Rose flower - 

  • Memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.

Vit E - 

  • Menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

Jojoba oil - 

  • Melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

Apricot oil - 

  • Melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.


2. Losyen Baby

Aqua - 

  • Memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

Emullium delta - 

  • Mencerahkan & memutihkan kulit, membuat kulit lebih bersih dari sel-sel kulit mati, penghalang sinar UV, menghaluskan kulit.

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Ginger oil - 

  • Melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan.

Portulaca ext - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut


3. Baby Essential Oil

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Nutmeg oil - 

  • Melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik

Peppermint oil - 

  • Mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi

Sweet Almond oil- 

  • Melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya.


4. Asmak Baby Powder

Kaolin - 

  • Keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul, dan keradangan kulit.

Ekstrak Portulaka - 

  • Mencegah bakteria.

Papaya Extract - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut.

Lavender Essential Oil - 

  • Mengurangkan penyakit psoriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit.

Tambahan di dalam ABC ini adalah 

5. SEVENIS HAIR OIL

Kami juga menyarankan dalam 1 set lengkap juga ditambah :

  1. Minyak Herba Asmak mini
  2. Bedak Asmak mini


Terus dapatkan set Asmak Baby Care (ABC) ini melalui Whatsapp atau terus call 017-364 7442.

Terima kasih.

Khamis, 14 Februari 2019

Tahniah FC PEMANIS Berjaya Ke Piala FA Malaysia 2019

Tahniah buat FC Pemanis kerana julung kali mencipta sejarah bakal menyertai Piala FA Malaysia 2019. Rasa terkejut pun ada, dan semestinya teruja bila FCP, team kerdil dari kampung, telah terpilih ke kejohanan yang tak pernah diimpikan buat masa ni.

Selamat Berjaya kepada FC PERMANIS daripada Terengganu. Telah dijemput menyertai pada 31 Januari 2019 lepas. Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah.

Asmak sebagai rakan penaja kepada FC PEMANIS.





Isnin, 29 Oktober 2018

Pengambilan Agent Pengedar di Seluruh Malaysia Masih Dibuka

Ramai yang tak tahu yang Asmak ketika ini masih membuka peluang kepada semua pengguna atau pun mereka yang berminat menjadikan produk Asmak sebagai salah satu produk yang boleh menambah pendapatan mereka secara sampingan.

Untuk promosi kali ini, pendaftaran hanya dibuka dengan pembelian stok serendah RM120 sahaja dengan harga agent dan layak untuk menyertai Team Asmak seluruh Malaysia. Tiada yuran dikenakan kepada mereka yang berminat, tetapi yang perlu memastikan mereka mengetahui info dan maklumat berkaitan produk yang mahu dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan.

Tapi anda mesti mempunyai keinginan untuk berniaga dan berbisnes. Jika masih teragak-agak dan masih ragu-ragu, anda perlu baca sebab-sebab kenapa anda perlu berniaga dan berbisnes bersama Asmak. Pasti anda akan rasa lebih bersemangat jika niat anda diperbetulkan dengan lebih awal.



Pakej yang ditawarkan seperti yang sudah dipaparkan di posting sebelum ini. Jika anda mahu mencuba dahulu pun tiada masalah, tiada modal dan mahu mencuba, sangat saya alu-alukan. Pengalaman pertama itu sememangnya perlu untuk melonjakkan lagi semangat anda berniaga dan berbisnes. InshaAllah.





Apa kelebihan yang anda akan dapat adalah seperti yang dinyatakan berikut.




Boleh terus Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan atau pun penjelasan mengenai perkara yang mungkin belum jelas atau pun pertanyaan lain yang berkaitan.

Ahad, 28 Oktober 2018

Penawar Resdung Pil Asmak Herbs Keluaran Asmak

Sebelum ni saya ada bagi tahu sedikit berkenaan dengan Pil Resdung Asmak Herbs, penawar masalah resdung. Kebanyakkan pengguna berpuas hati selepas ambil pil resdung Asmak Herbs ni. Bukan sebab pil resdung ini semata-mata tetapi bagaimana ikhitar yang kita buat untuk pastikan masalah resdung ini dapat dibendung dengan baik.

Jika ada rezeki masalah resdung kita akan menjadi lebih baik dan ada yang sudah bebas daripada masalah ini. Walaubagaimanapun, ada yang hanya menjadikan Asmak Herbs ini sebagai persediaan ketika mereka didatangi masalah ini apabila makan seafood atau pun mungkin persekitaran yang menjadikan resdung mereka kembali.

Oleh itu, jaminan tidak kena resdung itu bergantung kepada keadaan diri dan persekitaran pesakit. Jika mereka sensitif, kemungkinan untuk resdung itu datang kembali boleh terjadi.

Antara gejala penyakit resdung yang mungkin boleh berlaku untuk pesakit resdung:

1. Sakit di bahagian muka seperti di mata, dahi dan dagu.
2. Sakit tekak berpanjangan dan batuk di waktu malam berulang-ulang.
3. Tidak sedap badan, sakit kepala dan demam berpanjangan.
4. Waktu pagi, kegatalan di bahagian hidung dan menyebabkan bersin berulang dan selesema.
5. Jerawat mula keluar di muka dan di bahagian belakang badan.
6. Deria bau semakin kurang sensitif dan nafas berbau.
7. Kulit kepala sering gatal dan berkelemumur serta rambut gugur.
8. Tidur berdengkur dan saluran hidung menjadi sempit.

Anda juga boleh mengamalkan doa ini untuk memohon agar masalah resdung ini dapat berkurangan dan disembuhkan Allah.



Boleh hubungi saya untuk membuat pertanyaan berkaitan dengan Pil Resdung Asmak Herbs dengan saya di Whatsapp 017-364 7442.


Sabtu, 27 Oktober 2018

Asmak Member Card (AMC) Untuk Pembeli Produk Asmak

Alhamdulillah, sekarang jika anda membeli produk Asmak dengan jumlah pembelian dalam satu resit sekurang-kurangnya RM30, anda akan layak untuk mendapat satu kad keahlian percuma disebut kad Asmak Member Club (AMC). 

Pembelian dengan agent Asmak yang sah, semestinya anda akan dapat kad tersebut. Jika anda tidak dimaklumkan atau tidak dapat, sila tanya pada pengedar atau agent tersebut. Ada kemungkinan, mereka akan rekodkan dahulu pembelian anda sebelum memaklumkan kepada anda kerana point atau COP pada kad tersebut akan dicatatkan setiap kali pembelian. 

Jika kad AMC anda sudah mencapai Cop kelima dan kesepuluh, anda akan diberikan hadiah mengikut kepada kesesuaian waktu tersebut. Jika sudah penuh satu kad, anda akan berpeluang untuk mendapat hadiah pada setiap kali cabutan bulanan yang dilakukan di HQ.

Kad AMC ini kebiasaannya akan disimpan oleh pengedar untuk memudahkan anda supaya tidak hilang atau tercicir kad tersebut. Selain dapat memudahkan penghantaran kad AMC tersebut kepada HQ kelak apabila sudah penuh.

Jadi, apa kelebihan yang anda akan dapat?

1. Pembelian minimum RM30 akan dapat Cop daripada agent/pengedar.
2. Cop boleh dikumpul dan boleh ditebus jika mahu pada Cop kelima dan kesepuluh.
3. Hadiah berbentuk cenderahati daripada agent/pengedar bergantung kepada waktu penebusan.
4. Peluang cabutan bulanan jika kad AMC sudah penuh.
5. Peluang untuk cabutan kali kedua untuk cabutan tahunan.

Anda dijemput untuk masuk ke dalam group member AMC di Facebook. Sila tanya pada agent dan pengedar anda untuk dimasukkan ke dalam group tersebut.

Di dalam group tersebut juga anda berpeluang mendapat hadiah daripada HQ secara rawak jika bernasib baik.

Jom tambah lagi bilangan Cop pada kad AMC anda.



Sekian, selamat menerima hadiah ya.