Isnin, 28 September 2020

Minyak Herba Asmak Set Pilihan Ramai

Hai, saya nak tunjukkan set Minyak Herba Asmak yang menjadi pilihan ramai sehingga hari ini. Boleh dapatkan daripada asmakgo.com untuk pembelian segera dan penghantaran pantas di sekitar Lembah Klang. Pelbagai saiz 10ml, 30ml dan 50ml. Harga sangat berpatutan dan boleh tahan lama. Mudah dibawa ke mana-mana dan menjimatkan. 


Tak perlu bimbang, boleh terus hubungi ke nombor WhatsApp (KLIK SINI) inshaAllah boleh segera dapat.


Atau boleh call terus ke 010-7796967 untuk penghantaran segera.



Family Essential Kit Harganya RM113 Sahaja.


Jenis Set yang menjadi pilihan ramai sehingga kini kerana memudahkan penggunaan dan menjimatkan.


Jadi, jangan tunggu lagi, boleh dapatkan Minyak Herba Asmak di sekitar Kuala Lumpur dengan pantas dan mudah. Penghantaran hanya RM7 sahaja untuk hari yang sama.


Kawasan untuk penghantaran pantas Minyak Herba Asmak secara COD di Kuala Lumpur, Wangsa Maju, Jalan Raja Laut, Jalan Palestin, Dataran Merdeka, CIMB Jalan Tun Perak, CIMB Jalan Raja Laut, Menara DBKL, Menara Maybank, KLCC, Jalan Ampang, Jalan Pahang, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Tun Razak, Jalan Cheras, Ampang, Setiawangsa, Gombak, Sentul, Batu Caves, Jinjang, Kepong, Selayang, Damansara, TTDI, Segambut, Jalan Duta, Bangsar, Pantai Dalam, Sg Besi, Bandar Tun Razak, Jalan Genting Klang, Jalan Sentul, Jalan Ipoh dan seluruh kawasan berdekatan.


WhatsApp dan Call sekarang juga untuk pembelian. Stok sentiasa ada.



Rabu, 27 Februari 2019

Promosi Pendaftaran Pengedar Asmak 27 Februari 2019 - 7 Mac 2019

Alhamdulillah, HQ Asmak hari ini menawarkan promosi pendaftaran pengedar Asmak hanya dengan nilai minimum RM300, pengguna yang berminat untuk menambah pendapatan dengan menjual produk Asmak dialu-alukan untuk mengambil peluang ini.

Bakal pengedar boleh memilih sendiri pakej yang dikehendaki atau boleh membuat pilihan sendiri item yang dikehendaki dengan syarat nilainya minimum RM300 mesti dipatuhi. Boleh pilih pakej asas di bawah atau nak minta item lain pun boleh.



Tawaran kali ini amat jarang diberikan kerana setiap kali promosi dibuat, HQ akan memberikan beberapa hadiah sebagai penggalak kepada mereka yang mahu mencuba untuk menjadikan Asmak sebagai salah satu pendapatan tambahan buat pengedar.

Apa yang ditawarkan kali ini adalah bakal pengedar akan berpeluang untuk mendapatkan hadiah yang diberikan dengan membuat satu pilihan daripada 4 hadiah yang berikut antaranya:
  1. 5 unit itik gedik/burung/ayam
  2. Payung Asmak
  3. Plastik Rabbit Besar dan kecil setiapnya 10pcs
  4. Keychain 10 unit dan sebuah buku
Item wajib akan dapat ialah:
  • Seunit Minyak Herba Asmak 30ml
Pilihan:
  • Flyers dan Bunting (jika diperlukan)


Oleh itu, kepada yang berminat dan mahu mendapatkan peluang ini,boleh terus Whatsapp saya ke nombor 017-3647442 atau klik sahaja pendaftaran di bawah ini untuk terus mendapatkan terus promosi yang ditawarkan kali ini.



Terima kasih.

Stokis Asmak Kuala Lumpur
SD08601

Jumaat, 22 Februari 2019

Komik Asmak: Berhati-hati Ketika Memuat Naik Gambar Ketika Mengandung

Berhati-hati jika ibu-ibu nak memuat naik gambar ketika mengandung di media sosial. Kenapa? Gambar yang ibu-ibu masukkan di media sosial sebenarnya boleh mengundang sesuatu yang tidak sihat apabila gambar tersebut akan menarik minat segelintir lelaki yang mempunyai satu perasaan ghairah kerana melihat ibu hamil.

Keadaan ini telah menyebabkan golongan yang dipanggil maiesiophilia ini akan menjadikan ianya bahan untuk melepaskan nafsu mereka. Nampak remeh tetapi boleh menyebabkan trauma kepada ibu-ibu jika mengetahui akan perkara ini. Ada yang boleh menjejaki ibu-ibu yang tidak tahu pun sebenarnya ada yang sedang memerhati ibu-ibu ketika hamil.

Jadi, beringat sebelum memuat naik gambar di media sosial ya. 



Khamis, 21 Februari 2019

Kenapa Minyak Herba Asmak mini 10ml Perlu dimiliki?

Hai semua, Minyak Herba Asmak boleh di COD di kawasan KL dan Selangor. Saiznya yang mini dengan kandungan 10ml perlu dimiliki setiap keluarga kenapa? Saya kongsikan 7 sebab ringkas kenapa Minyak Herba Asmak 10ml ini antara yang perlu dimiliki.



Antara sebab perlu memiliki Minyak Herba Asmak 10ml ialah:


  1. Mudah untuk dibawa kerana saiznya yang kecil dan tidak sukar dipegang.
  2. Saiz yang kecil dan lebih tahan lasak. Jika Minyak Herba Asmak 10ml ini jatuh, risiko untuk pecah ada tetapi lebih sedikit berbanding dengan Minyak Herba Asmak 30ml dan 50ml.
  3. Boleh diisikan semula daripada botol Minyak Herba Asmak yang lebih besar sama ada daripada Minyak Herba Asmak 30ml atau Minyak Herba Asmak 50ml.
  4. Saiz kecil ini mudah untuk diberikan kepada pengasuh jika bimbang saiz Minyak Herba Asmak 30ml dan 50ml tu terlalu besar dan banyak.
  5. Sesuai disimpan dan mudah dimasukkan ke dalam poket seluar atau ke dalam beg.
  6. Sesuai dijadikan salah satu item di dalam First Aid Kit kerana Minyak Herba Asmak mempunyai kandungan yang boleh membantu untuk memberhentikan darah jika terluka atau dalam keadaan yang memerlukan tindakan segera.
  7. Sesuai digunakan dan dimiliki mereka yang pertama kali mahu mencuba Minyak Herba Asmak.


Kegunaan Minyak Herba Asmak yang sudah diketahui umum ialah:

1. Sesuai digunakan untuk masalah batuk berkahak.
2. Membantu mengurangkan masalah selesema.
3. Membantu mengurangkan masalah semput.
4. Membantu menghilangkan masalah kembung perut khususnya untuk bayi.
5. Membantu mengurangkan kesan kegatalan, kesakitan akibat gigitan serangga.
6. Mengurangkan sakit perut.
7. Mengurangkan masalah migrain dan sakit kepala.
8. Membantu menyembuhkan luka dan menghentikan pendarahan.
9. Membantu mengurangkan kegatalan dan masalah resdung.

Harganya hanya RM19 jika pick up sendiri dan tidak termasuk penghantaran atau COD bergantung kepada lokasi.

Sila Whatsapp terus atau call 017-3647442.


Rabu, 20 Februari 2019

Kelebihan Habbatussauda Dalam Pemakanan Harian

Ramai juga yang tanya mengenai habbatussauda' bila beli Madu Asmak ni sebab apa? Sebabnya dengan pembelian Madu Asmak akan dapat sekali sebotol kecil habbatussauda'. Secara ringkasnya saya kongsikan 10 sebab mengapa ianya baik untuk kesihatan daripada beberapa kebaikannya yang lain seperti dihuraikan sedikit di bawah.




Antara kebaikannya yang lain ialah:

MEMBERI TENAGA - keletihan, sakit-sakit badan, mudah mengantuk

MENINGKATKAN IMUNISASI – mengelakkan dari jangkitan penyakit, meningkatkan sel pembunuh penyakit, sesuai untuk pengidap AIDS, pesakit kanser, penyakit berkenaan ketahanan badan, membantu melawan penyakit

ANTI INFLAMASI – mengurangkan bengkak dan radang, sesuai untuk pesakit asma (radang paru-paru), sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis (bengkak sendi)

SALURAN PERNAFASAN – melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi),

ANTI HISTAMIN – mencegah cetusan histamine (punca alahan) dalam badan, sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan (makanan laut dsb) dan debunga, juga asma

ANTI BAKTERIA – mengelakkan dari jangkitan E-coli, V cholera dan shigella, mengubati cirit birit, sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus, mengatasi masalah bau mulut, tonsil

ANTI ARTHRITIS – lihat Anti Inflamasi

PENYAKIT WANITA – membetulkan putaran haid, memperbanyak air susu ibu, meningkatkan tenaga, meningkatkan kesuburan

SALURAN PERKUMUHAN – merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan

ANTI PARASIT - membunuh cacing dalam perut, juga sesuai untuk kanak-kanak (lebih dari 5 tahun)

MENINGKATKAN DAYA INGATAN – mempunyai asid omega 6 dan asid omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan

MERAWAT TENAGA BATIN – impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita)

MENGECUTKAN KETUMBUHAN (ANTI –TUMOR) – sesuai untuk mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser, tumor dan lain-lain.

MENGAWAL KOLESTROL DAN KADAR GULA di dalam darah kita.

Rujukan di sini. http://ummuaisyah-azharsofi.blogspot.com/2012/10/khasiat-habbatus-sauda.html

Jika masih belum berpeluang untuk mengamalkan pemakanan sunnah habbatussauda', bolehlah segera dapatkan dengan setiap pembelian madu Asmak di sini.


Klik link di bawah untuk terus Whatsapp saya.


Terima kasih.

Selasa, 19 Februari 2019

Madu Asli dan Madu Halia Bentong Asmak Istimewa

Kepada yang mencari-cari madu asli untuk dijadikan makanan harian, kita mempunyai dua jenis madu yang mesti di cuba kerana ianya antara madu yang mempunyai khasiat untuk semua peringkat umur. Seperti yang kita sedia maklum, madu adalah antara makanan sunnah dan sangat sesuai diamalkan setiap hari.

Madu yang dikeluarkan MHAMsb adalah :

1. Madu Asli 300ml 
2. Madu Halia Bentong 300ml

Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Madu asli adalah madu tanpa campuran bahan lain, manakala madu halia Bentong adalah madu asli yang dicampurkan dengan halia Bentong yang mana kita sedia maklum, halia Bentong adalah halia yang terbaik di dunia dengan harga yang sangat tinggi jika dibeli di pasaran tempatan.

Harganya sangatlah mampu milik iaitu :

1. RM39 untuk madu asli
2. RM59 untuk madu halia bentong

Setakat ini, ramai yang mengakui kelainan apabila mengamalkan meminum madu halia bentong khususnya untuk mereka yang mengalami masalah batuk yang berpanjangan dan mempunyai angin dalam badan.

Disebabkan kita menyokong mengamalkan pemakanan sunnah, syarikat berbesar hati untuk memberikan satu botol kecil Habbatusauda' untuk dimakan bersama madu.

Tambahan habbatussauda' ini menjadikan ianya lebih istimewa untuk pengguna Asmak.

Boleh klik sini jika berminat untuk mendapatkan Madu Asli dan Madu Halia Bentong sekarang.

Isnin, 18 Februari 2019

Tawaran Khas Sempena AGA 2019

Sempena Asmak Grand Awards (AGA) 2019, saya mahu membuat satu tawaran khas kepada yang membaca posting ini.



Pembelian minimum RM70 ke atas untuk jumlah pembelian Produk Asmak pada hari ini sehingga 21/2/2019 akan dapat sesuatu daripada kami sebagai penghargaan pihak Minyak Herba Asmak COD KL kepada anda. 😘

Terima kasih atas kesetiaan dan kesabaran anda bersama Asmak.


*selagi stok masih ada.

Ahad, 17 Februari 2019

Asmak Grand Awards (AGA) 2019 Kali Kedua di Awana Genting Highlands, Pahang

Alhamdulillah, selesai sudah majlis Asmak Grand Awards (AGA) 2019 yang mana telah buat kali kedua dianjurkan untuk team Asmak di Awana Genting Highlands, Pahang kelmarin. Secara ringkasnya majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan suntikan semangat untuk semua pengedar Asmak di seluruh Malaysia.

Majlis yang serba singkas ini dihadiri oleh lebih daripada 200 orang berbanding tahun 2018 yang mana meningkat sekali ganda kehadiran. Penghargaan diberikan kepada kesemua Top Agen, Top Superagen, Top Stokis, Top Stokis Premium dan Top Super Stokis.

Satu kategori baru disenaraikan iaitu Top Personal Sales. Pengedar yang dapat membuat personal sales yang tertinggi juga diberikan penghargaan. Perkongsian ringkas diberikan mereka yang mendapat penghargaan kepada para pengedar secara tidak langsung menunjukkan bahawa ilmu dan tips amat berguna jika di praktikan bukan sekadar mendengar sahaja.

Beberapa gambar sempat dirakamkan sebagai kenangan Majlis AGA 2019 ini. Didoakan kepada semua pengedar Asmak untuk lebih berusaha dengan gigih bukan sahaja untuk menambah pendapatan keluarga malah dapat membantu masyarakat mendapatkan produk yang dapat membantu menyelesaikan masalah mereka di samping dapat berkongsi manfaat tersebut.

Berikut antara sebahagian senarai penerima penghargaan di Majlis AGA 2019.

 




Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga dapat terus mencapai segala matlamat yang dituju. Amin

Sekian, Terima kasih.

Sabtu, 16 Februari 2019

Bersama Tuan Sahar Sahad CEO Asmak di Perjumpaan Ringkas di Awana

Alhamdulillah selesai pagi tadi berkenalan dengan CEO Asmak Tuan Sahar Sahad dan mendengar perkongsian beliau dalam perjumpaan yang serba ringkas dan penuh manfaat tadi. Walaupun baru bersama dalam team CEO Asmak Group, beliau sangat komited untuk membantu Asmak supaya lebih maju ke hadapan. Perwatakan yang merendah diri tetapi disegani dan mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi panduan kepada semua pengedar Asmak.

Perkongsian beliau lebih kurang 3 jam berlangsung dengan perbincangan dan perkongsian tips untuk pengedar Asmak. Berpandangan jauh dan lebih proaktif dalam berbisnes dan tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan memperbetulkan perkara yang dilihat tidak begitu sesuai mengikut pandangan beliau. Strategi yang diberikan perlu dilaksanakan dengan lebih konsisten dan memberi manfaat kepada orang lain pastinya akan memberikan impak yang lebih baik kepada semua.

Beberapa perkara yang boleh saya kongsikan secara ringkas dalam perbincangan tersebut ialah, sedekah yang paling baik adalah memberi makan kepada orang lain. Tidak akan miskin jika kita bersedekah kepada orang lain. Sedekah memberi makan itu akan menjadikan doa-doa mereka yang diberikan makan itu mungkin diangkat dan dimakbulkan Allah.

Selain itu, kita sebenarnya boleh menjadi pull factor dan push factor. Dan yang terbaik ialah pull factor. Maksudnya ialah kita dapat menarik orang lain kepada kita dan kita tidak memaksa untuk mereka membuat keputusan. Bila kita ada pull factor, ianya akan memudahkan urusan kita juga tanpa perlu pening kepala dan susah hati. Untuk menjadi pull factor, perlulah tidak kedekut, berkongsi, melakukan amalan yang baik dan perlu lebih positif.

Sekian dahulu, secara ringkas perkongsian saya ketika bersama Tuan Sahar Sahad di perjumpaan serba ringkas tersebut sempena AGA 2019. Banyak perkongsian lain di dalam perjumpaan yang mana tidak dapat saya kongsikan kerana terlalu panjang dan perlukan lebih masa untuk perbincangan.

Perkongsian ini menunjukkan bahawa Asmak bukan sahaja menjual tetapi memberikan ilmu kepada pengedarnya yang mahu pergi lebih jauh ke hadapan dan matlamatnya bukan untuk Asmak sahaja, tetapi untuk bisnes pengedar di masa hadapan kelak.

Terima kasih.

Jumaat, 15 Februari 2019

Asmak Baby Care Set Bayi Berbaloi Dimiliki Ibu

Tahu tak Asmak ada set untuk baby? Namanya Asmak Baby Care (ABC). Apa yang ada dalam set produk Asmak Baby Care (ABC) ni?

Kelebihan Asmak Baby Care


1. Shampoo baby Top to Toe

Aqua -

  • Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
  • Menjadikan rambut wangi setiap masa menutrisi rambut dengan sempurna
  • Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
  • Merawat masalah rambut sensitif

Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - 

  • Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut.

Chamomile flower - 

  • Mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema.

Rose flower - 

  • Memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.

Vit E - 

  • Menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

Jojoba oil - 

  • Melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

Apricot oil - 

  • Melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.


2. Losyen Baby

Aqua - 

  • Memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

Emullium delta - 

  • Mencerahkan & memutihkan kulit, membuat kulit lebih bersih dari sel-sel kulit mati, penghalang sinar UV, menghaluskan kulit.

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Ginger oil - 

  • Melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan.

Portulaca ext - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut


3. Baby Essential Oil

Clove oil - 

  • Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

Nutmeg oil - 

  • Melegakan kesakitan otot, tidur yang lebih baik

Peppermint oil - 

  • Mengurangkan gatal pada kulit, menyembuhkan sakit kepala dan terapi sendi serta meringankan alergi

Sweet Almond oil- 

  • Melembabkan kulit, mencegah keradangan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan halus dan melindungi kulit daripada sinaran UV berbahaya.


4. Asmak Baby Powder

Kaolin - 

  • Keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul, dan keradangan kulit.

Ekstrak Portulaka - 

  • Mencegah bakteria.

Papaya Extract - 

  • Membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut.

Lavender Essential Oil - 

  • Mengurangkan penyakit psoriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit.

Tambahan di dalam ABC ini adalah 

5. SEVENIS HAIR OIL

Kami juga menyarankan dalam 1 set lengkap juga ditambah :

  1. Minyak Herba Asmak mini
  2. Bedak Asmak mini


Terus dapatkan set Asmak Baby Care (ABC) ini melalui Whatsapp atau terus call 017-364 7442.

Terima kasih.

Khamis, 14 Februari 2019

Tahniah FC PEMANIS Berjaya Ke Piala FA Malaysia 2019

Tahniah buat FC Pemanis kerana julung kali mencipta sejarah bakal menyertai Piala FA Malaysia 2019. Rasa terkejut pun ada, dan semestinya teruja bila FCP, team kerdil dari kampung, telah terpilih ke kejohanan yang tak pernah diimpikan buat masa ni.

Selamat Berjaya kepada FC PERMANIS daripada Terengganu. Telah dijemput menyertai pada 31 Januari 2019 lepas. Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah.

Asmak sebagai rakan penaja kepada FC PEMANIS.





Isnin, 29 Oktober 2018

Pengambilan Agent Pengedar di Seluruh Malaysia Masih Dibuka

Ramai yang tak tahu yang Asmak ketika ini masih membuka peluang kepada semua pengguna atau pun mereka yang berminat menjadikan produk Asmak sebagai salah satu produk yang boleh menambah pendapatan mereka secara sampingan.

Untuk promosi kali ini, pendaftaran hanya dibuka dengan pembelian stok serendah RM120 sahaja dengan harga agent dan layak untuk menyertai Team Asmak seluruh Malaysia. Tiada yuran dikenakan kepada mereka yang berminat, tetapi yang perlu memastikan mereka mengetahui info dan maklumat berkaitan produk yang mahu dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan.

Tapi anda mesti mempunyai keinginan untuk berniaga dan berbisnes. Jika masih teragak-agak dan masih ragu-ragu, anda perlu baca sebab-sebab kenapa anda perlu berniaga dan berbisnes bersama Asmak. Pasti anda akan rasa lebih bersemangat jika niat anda diperbetulkan dengan lebih awal.



Pakej yang ditawarkan seperti yang sudah dipaparkan di posting sebelum ini. Jika anda mahu mencuba dahulu pun tiada masalah, tiada modal dan mahu mencuba, sangat saya alu-alukan. Pengalaman pertama itu sememangnya perlu untuk melonjakkan lagi semangat anda berniaga dan berbisnes. InshaAllah.





Apa kelebihan yang anda akan dapat adalah seperti yang dinyatakan berikut.




Boleh terus Whatsapp saya untuk sebarang pertanyaan atau pun penjelasan mengenai perkara yang mungkin belum jelas atau pun pertanyaan lain yang berkaitan.

Ahad, 28 Oktober 2018

Penawar Resdung Pil Asmak Herbs Keluaran Asmak

Sebelum ni saya ada bagi tahu sedikit berkenaan dengan Pil Resdung Asmak Herbs, penawar masalah resdung. Kebanyakkan pengguna berpuas hati selepas ambil pil resdung Asmak Herbs ni. Bukan sebab pil resdung ini semata-mata tetapi bagaimana ikhitar yang kita buat untuk pastikan masalah resdung ini dapat dibendung dengan baik.

Jika ada rezeki masalah resdung kita akan menjadi lebih baik dan ada yang sudah bebas daripada masalah ini. Walaubagaimanapun, ada yang hanya menjadikan Asmak Herbs ini sebagai persediaan ketika mereka didatangi masalah ini apabila makan seafood atau pun mungkin persekitaran yang menjadikan resdung mereka kembali.

Oleh itu, jaminan tidak kena resdung itu bergantung kepada keadaan diri dan persekitaran pesakit. Jika mereka sensitif, kemungkinan untuk resdung itu datang kembali boleh terjadi.

Antara gejala penyakit resdung yang mungkin boleh berlaku untuk pesakit resdung:

1. Sakit di bahagian muka seperti di mata, dahi dan dagu.
2. Sakit tekak berpanjangan dan batuk di waktu malam berulang-ulang.
3. Tidak sedap badan, sakit kepala dan demam berpanjangan.
4. Waktu pagi, kegatalan di bahagian hidung dan menyebabkan bersin berulang dan selesema.
5. Jerawat mula keluar di muka dan di bahagian belakang badan.
6. Deria bau semakin kurang sensitif dan nafas berbau.
7. Kulit kepala sering gatal dan berkelemumur serta rambut gugur.
8. Tidur berdengkur dan saluran hidung menjadi sempit.

Anda juga boleh mengamalkan doa ini untuk memohon agar masalah resdung ini dapat berkurangan dan disembuhkan Allah.



Boleh hubungi saya untuk membuat pertanyaan berkaitan dengan Pil Resdung Asmak Herbs dengan saya di Whatsapp 017-364 7442.


Sabtu, 27 Oktober 2018

Asmak Member Card (AMC) Untuk Pembeli Produk Asmak

Alhamdulillah, sekarang jika anda membeli produk Asmak dengan jumlah pembelian dalam satu resit sekurang-kurangnya RM30, anda akan layak untuk mendapat satu kad keahlian percuma disebut kad Asmak Member Club (AMC). 

Pembelian dengan agent Asmak yang sah, semestinya anda akan dapat kad tersebut. Jika anda tidak dimaklumkan atau tidak dapat, sila tanya pada pengedar atau agent tersebut. Ada kemungkinan, mereka akan rekodkan dahulu pembelian anda sebelum memaklumkan kepada anda kerana point atau COP pada kad tersebut akan dicatatkan setiap kali pembelian. 

Jika kad AMC anda sudah mencapai Cop kelima dan kesepuluh, anda akan diberikan hadiah mengikut kepada kesesuaian waktu tersebut. Jika sudah penuh satu kad, anda akan berpeluang untuk mendapat hadiah pada setiap kali cabutan bulanan yang dilakukan di HQ.

Kad AMC ini kebiasaannya akan disimpan oleh pengedar untuk memudahkan anda supaya tidak hilang atau tercicir kad tersebut. Selain dapat memudahkan penghantaran kad AMC tersebut kepada HQ kelak apabila sudah penuh.

Jadi, apa kelebihan yang anda akan dapat?

1. Pembelian minimum RM30 akan dapat Cop daripada agent/pengedar.
2. Cop boleh dikumpul dan boleh ditebus jika mahu pada Cop kelima dan kesepuluh.
3. Hadiah berbentuk cenderahati daripada agent/pengedar bergantung kepada waktu penebusan.
4. Peluang cabutan bulanan jika kad AMC sudah penuh.
5. Peluang untuk cabutan kali kedua untuk cabutan tahunan.

Anda dijemput untuk masuk ke dalam group member AMC di Facebook. Sila tanya pada agent dan pengedar anda untuk dimasukkan ke dalam group tersebut.

Di dalam group tersebut juga anda berpeluang mendapat hadiah daripada HQ secara rawak jika bernasib baik.

Jom tambah lagi bilangan Cop pada kad AMC anda.



Sekian, selamat menerima hadiah ya. 


Jumaat, 26 Oktober 2018

Asmak Herbs Pil Herba Penawar Resdung Terbaik


Setiap hari ada sahaja mereka yang mempunyai masalah resdung ni mencari pil herba yang terbaik untuk masalah resdung mereka. Sebenarnya ramai orang tak tahu bahawa, mereka sememangnya mempunyai masalah resdung sejak awal lagi.

Ada yang sejak kanak-kanak lagi dah ada masalah resdung. Ada yang dah masuk usia 30an, 40an baru nampak masalah resdung tu semakin ketara. Gatal muka, hidung berair, gatal hidung, kerap bersin, mata merah, mata berair, sakit kepala dan sebagainya. Ramai yang baru mula mencari penawar dan ubat untuk masalah resdung mereka bila keadaan dah jadi semakin teruk.

Inilah masalah yang kerap diceritakan mereka yang sebelum mencuba pil resdung Asmak Herbs ini. Pil resdung Asmak Herbs ini sebenarnya mempunyai kandungan herba yang boleh membantu mengurangkan masalah resdung dan mampu membantu mengubati masalah tersebut jika kena pada cara penggunaannya dan keserasian pesakit resdung.

Tak ada seorang pun pesakit resdung berasa selesa apabila keadaan muka menjadi semakin teruk dan semakin gatal terutamanya waktu pagi dan ketika melakukan aktiviti seharian mereka. Gangguan ini secara langsung akan menyebabkan produktiviti harian mereka menurun dan mengganggu kehidupan seharian.

Jadi, bolehlah dengarkan sedikit penerangan berkaitan Asmak Herbs pil resdung untuk mereka yang mahukan bahan-bahan herba sebagai penawar dan ubat resdung mereka.



Boleh dapatkan daripada saya set berikut untuk masalah resdung anda.

Sila Hubungi saya 017-3647442 (Farid) untuk COD dan penghantaran ke seluruh Malaysia.

Khamis, 25 Oktober 2018

Minyak Herba Asmak Boleh COD di Hospital Kuala Lumpur

Assalamualaikum, memandangkan kebanyakkan orang mempunyai masalah untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak di kawasan bukan tempat sendiri, saya mempunyai perkhidmatan COD penghantaran Minyak Herba Asmak khususnya di Hospital Kuala Lumpur.

Hospital Kuala Lumpur antara lokasi yang kebanyakkan orang mungkin terpaksa datang untuk mendapatkan rawatan atau pun terpaksa ditahan untuk pemantauan rapi oleh doktor. Terutamanya kanak-kanak sama ada masih bayi atau pun sudah dewasa.

Kebanyakkan mempunyai masalah asma, batuk berkahak dan selesema. Masalah ini jika tidak dirawat dan diberikan ubat oleh doktor mampu membawa kepada risiko jangkitan kuman di paru-paru dan akan memerlukan rawatan lebih rapi daripada doktor.

Kanak-kanak yang ditahan di wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur biasanya mempunyai masalah batuk, atau pun berkahak. Minyak Herba Asmak biasanya membantu melegakan pernafasan. Ianya biasanya disapu untuk melegakan rasa tidak selesa kerana masalah batuk dan berkahak.

Sapuan nipis yang berterusan setiap jam boleh membantu untuk anak-anak kecil seperti bayi untuk tidur lebih lena dan bernafas tanpa bunyi kahak yang kuat. Ramai ibu bapa yang menggunakan Minyak Herba Asmak untuk anak-anak supaya masalah yang dihadapi semakin berkurang dan tidak mengganggu tidur mereka.

Jadi boleh hubungi saya di talian 017-3647442 untuk pantas COD di HKL atau Institut Pediatrik HKL. 




Boleh terus Whatsapp saya untuk harga berikut:

Set jimat 50ml COD segera RM60

Set Biasa 30ml COD segera RM45

Set Biasa 30ml COD tanpa cas RM39

atau add FB saya Farid Aspar. InshaAllah saya akan bantu untuk penghantaran.

Rabu, 24 Oktober 2018

Adakah Produk Asmak Berdaftar Dengan KKM?

Saya sering ditanya berkaitan dengan produk Asmak. Masyarakat hari ini sangat bijak dan lebih teliti dalam memilih produk. Mereka sangat berhati-hati untuk menggunakan produk kesihatan yang kini dijual di pasaran. Boleh dikatakan sangat mudah untuk mencari produk yang banyak dijual terutamanya di kedai jamu atau pun secara dalam talian.

Namun, adakah kesemua produk itu dijamin selamat dan sekurang-kurangnya telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Inilah yang kita semua bimbangkan. Kita mencari jalan alternatif untuk ikhtiar masalah kesihatan kita tetapi haruslah kita meneliti sama ada produk yang kita gunakan tersebut adalah selamat.

Oleh itu, apabila ramai yang bertanya kepada saya, adakah produk Asmak ini telah berdaftar dengan KKM? Saya tak nak jawab tanpa kita semak dengan pihak berauthoriti sama ada melalui laman web atau pun menggunakan aplikasi yang boleh di muat turun melalui Play Store jika menggunakan android.

Untuk semakan melalui Website, bolehlah terus ke link ini.

Dan jika mahu menggunakan aplikasi  di smartphone, sila cari aplikasi bernama MediQuest, saya tunjukkan seperti video di bawah ya.



Sekian, selamat mencuba.

Selasa, 23 Oktober 2018

Peluang Menjadi Agent Asmak Dibuka sehingga 31 Oktober 2018

Alhamdulillah, kepada yang sudah mempunyai pengalaman menggunakan produk Asmak dan berminat untuk menjadi agent, kini HQ membuka kembali dengan promosi yang lebih menarik. HQ telah menurunkan jumlah modal lebih 50% daripada asal iaitu RM300 kepada RM120 sahaja minimum.

Bermula pada 23 Oktober 2018 sehingga 31 Oktober 2018, promosi ini akan berlangsung dan anda boleh ambil peluang keemasan ini untuk mencuba tambah pendapatan disamping dapat gunakan untuk seisi keluarga.



Berikut adalah pakej yang ditawarkan kepada anda. Ianya jarang dibuka melainkan untuk memberikan penghargaan dan peluang untuk anda mendapatkan produk Asmak dengan lebih mudah disamping dapat menambah pendapatan sampingan.

Boleh lihat detail di bawah untuk pemilihan pakej yang ditawarkan.



Jika berminat, segera klik di sini atau hubungi terus nombor saya 017 - 364 7442 untuk detail dan pertanyaan lanjut.

Terima kasih

Isnin, 1 Mei 2017

Promosi Jus Asmak Gold Sehingga 3 Mei 2017

CEO Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd telah pun mengumumkan bahawa promosi Jus Asmak Gold akan berjalan selama 3 hari bermula 1 Mei 2017 - 3 Mei 2017. Walaupun dalam tempoh masa yang amat singkat, perkongsian berkaitan dengan Jus Asmak Gold telah disampaikan dengan perkongsian pengalaman pengguna produk tersebut secara ringkas.

Jadi Promosi yang diberikan adalah Jus Asmak Gold :

Hanya RM40 sahaja daripada harga biasa RM44 hanya untuk 3 hari bermula 1 Mei 2017 (Isnin) sehingga 3 Mei 2017 (Rabu).

Bagi yang tidak sempat menonton siaran tersebut, saya akan berikan rakaman videonya kemudian nanti. InshaAllah.



Bolehlah Whatsapp untuk dapatkan Jus Asmak Gold ini.

Ingin mencuba Jus Asmak Gold? Terus hubungi saya di

FACEBOOK:

PAGE FACEBOOK : 

atau pun terus Whatsapp di sini 


atau 

Call/SMS ke nombor berikut

017 364 7442 

Ahad, 30 April 2017

Jus Asmak Gold Bersiaran Langsung di TV Al Hijrah pada 1 Mei 2017


Assalamualaikum, Jus Asmak Gold kini akan bersiaran secara langsung di TV Al Hijrah dalam rancangan "Assalamualaikum", pada pukul 9.45pagi esok 1 Mei 2017. Jadi kepada semua anda dijemput untuk menyaksikan dan mengetahui serba ringkas berkaitan produk Jus Asmak Gold, bolehlah bersiap sedia di hadapan kata TV untuk tidak terlepas peluang menyaksikan siaran langsung tersebut.


Anda juga berpeluang untuk memenangi 10 hadiah yang ditawarkan pihak HQ syarikat kepada anda semua. Selamat menonton.


Saksikan Jus Asmak Gold di rancangan Assalamualaikum @ TV Alhijrah
8.30 am
Tonton.Ambil gambar.Post ke fb dan menang hadiah ( 5 like tertinggi)
5 hadiah lagi Kategori Gambar Terbaik
Jangan lupa hashtag #JusAsmakGold #JAGAlhijrah
Save the date!

Boleh lihat rakaman video di sini:





Boleh juga ke link Live streaming TV Al Hijrah di bawah ini.


Jika ada tawaran menarik, saya akan kongsikan lagi. :)

Sekian, Terima kasih.